Thursday, August 18, 2011

Kisah Amira Dan Awira

Amira berjalan dengan langkah perlahan...makin lama makin perlahan...dan berhenti di taman bunga tersebut...kelihatan wajah sugul gadis ini...Amira melihat keindahan bunga2 yang terdapat di situ...


ternyata bunga2 di situ mengusik ingatan Amira kepada seorang jejaka yang satu ketika dulu berjaya mengusik hati dan perasaan Amira...Amira menatap gelang tangan yang di pakainya sejak setahun yang lalu..tidak pernah gelang tersebut di bukanya...tanda setia si gadis pada terunanya..namun sejak peristiwa tersebut..Amira ragu2 untuk memakai gelang tangan tersebut..tetapi entah kenangan apa yang membuatkan Amira terus memakai gelang tangan tersebut..malah Amira makin bertambah sayang pada gelang tangan tersebut....

...........................................................................................................................

Awira terjaga dari lenanya...die bangun dan menatap di sekelilingnya bilik tidurnya itu...lalu menatap gambar kekasih hatinya itu...Awira tidak tersenyum ataupun sedih...Awira menatap gambar itu dan terus menatap...wajah gadis kesayangannya itu tetap di hati Awira walaupun berlaku kejadian tersebut..malah ia menguatkan kasih dan sayang Awira pada Amira...masih teringat Awira saat kali pertama mereka berjumpa...pertemuan mereka di rumah ALLAH membuatkan hati Awira terpaut dan ingin mengenali gadis itu..tetapi hajat Awira terhenti sebentar...Awira melihat rumah ALLAH tersebut...terdetik di hati kecilnya...apakah Awira mampu untuk melebihkan kasih sayangnya kepada ALLAH jika Awira sudah mempunyai insan kesayangannya...


Tiba2 Awira menjadi takut..jika nanti Awira melebihkan kasih sayangnya kepada gadis kesayangannya..sedangkan sebelum ini Awira mendahulukan PenciptaNya...Awira sedar bahawa tiada cinta dan kasih paling indah melainkan rasa kasih dan cinta pada Tuhan...Awira memalingkan wajahnya unutk mencari gadis tersebut..namun gadis tersebut tidak kelihatan di situ...kelihatan wajah hampa Awira..namun jauh di sudut hati Awira jika Tuhan telah menetapkan gadis itu untuk die maka Awira tidak perlu risau..tak lari gunung dikejar...Awira tersenyum lalu meninggalkan rumah ALLAH tersebut..
Lamunan Awira terhenti..lalu die meletakkan semula gambar kesayangannya itu dan mencapai tuala untuk membersihkan diri dan seterusnya mengadap PenciptaNya..satu kewajipan Awira yang di ajar oleh orang tuanya...

.......................................................................................................................

Tanggal 2 Oktober...satu tarikh yang akan diingat oleh Amira...Amira tersenyum manis ketika di tanya apakah sudi untuk mereka menyunting bunga di taman...jawapan telah diberikan oleh Amira..lalu kata sepakat telah dicapai untuk menyatukan dua hati...


Lalu seorang sahabat bertanya kepada Amira..bagaimana pertemuan mereka dan apa yang menyebabkan Amira menerima jejaka tersebut untuk jadi peneman hidup Amira kerana sahabat2 Amira mengetahui bahawa Amira bukan jenis berkata YA kepada mana-mana lelaki...Amira tersenyum lebar lalu menyingkap kembali kenangan mereka di rumah ALLAH...Ya..sekali lagi mereka bertemu di rumah ALLAH...menjadi kebiasaan Amira untuk bertandang ke rumah ALLAH setiap hari sabtu..pelbagai aktiviti ibadah di lakukan...
Lancar mulut Amira membaca Al-Quran...sesudah membaca rangkap yang terakhir, Amira  menyudahkannya dengan lafaz Alhamdulillah..tanda Amira selesai membaca Al-Quran tanpa ada apa2 halangan...Amira mengucup Al-Quran tersebut lalu Amira didatangi seorang kenalannya...senyuman sahabatnya itu membuatkan Amira berasa pelik...setelah selesai berdialog dengan Amira, sahabatnya itu membawa Amira berjumpa dengan jejaka yang dimaksudkan oleh sahabat Amira semasa mereka berbual tadi...Entah apa yang menyebabkan Amira sepantas kilat tersenyum dalam hati untuk menerima jejaka tersebut..di awal aktiviti itu berlaku Awira sebenarnya bertanyakan kepada salah seorang ahli masjid di situ tentang Amira..lalu disampaikan kepada sahabat Amira dan terus bertanya kepada tuan empunya badan sendiri...Amira berbisik sesuatu kepada sahabatbya itu lalu meminta izin untuk meninggalkan rumah ALLAH tersebut..Awira kelihatan pelik...dia bertanya kepada sahabat Amira...dan selepas itu Awira tersenyum...Amira telah meminta Awira untuk bertemu orang tua Amira jika mahu menjadikan Amira teman hidupnya yang sah...



.........................................................................................................................

hari ini masuk 5 bulan Amira menjadi tunangan kepada Awira...namun mereka tetap menbataskan pergaulan..kerana bertunang bukannya "tiket" untuk kite melebihkan apa yang sepatutnya kite kurangkan..jika berjumpa mereka akan membawa teman yang lain..bertemu di tempat yang terbuka..tidak bergayut terlalu lama kerana takut "hanyut" dalam perbualan kasih sayang antara dua insan..Namun benarlah apa yang di kata orang...tempoh pertunangan banyak cabaran dan dugaannya...Hubungan Awira dan Amira telah "dicemari" oleh seorang hamba ALLAH yang dengki dan cemburu akan perhubungan mereka...Suzy...seorang sahabat Awira ketika Awira belajar di London satu ketika dahulu..namun bagi Awira Suzy hanya seorang sahabat..tidak mungkin Awira menerima Suzy kerana perasaan Awira terhadap Suzy hanyalah sebagai seorang sahabat...di sokong pula dengan cara hidup Suzy yang jauh lebih berbeza dengan Awira..pernah juga Awira menasihati Suzy namun tidak pernah diendahkan...kerana itu Awira selalu berhati2 dengan Suzy kerana Awira tahu wanita seperti Suzy itu sanggup berbuat apa sahaja....

.................................................................................................................

seperti yang telah di rancangkan oleh Suzy, Suzy bersiap siap menunggu kehadiran Awira...tepat jam 11 Awira muncul dihadapan pintu kondominium Suzy...Suzy yang berpura2 membuat muka orang sakit menyambut kehadiran Awira diselang seli dengan batuk pura2..Timbul rasa kesian Awira kepada Suzy melihatkan keadaan Suzy yang boleh dikatakan agak teruk...namun Awira tetap membataskan pergerakannya..Atas arahan Suzy, Awira mengambil ubat-ubatan Suzy yang berada di atas peti ais..ketika itu Suzy tersenyum kepuasan kerana Awira berjaya masuk ke dalam perangkapnya..


ketika Awira hendak menghulurkan ubat-ubatan tersebut, dengan pantas Suzy menarik lengan Awira dan Awira "tersungkur" dalam pelukan Suzy...Suzy memeluk Awira dengan penuh ghairah dan erat...Awira terkejut dengan perbuatan lalu menarik tangan Suzy dengan harapan Suzy akan berhenti..Tiba2 loceng rumah Suzy berbunyi...Awira seperti terkena serangan jantung apabila melihat sekumpulan ahli JAIS berdiri di hadapan pintu rumah Suzy...Awira berpaling melihat Suzy...Awira bertambah terkejut dan pelik melihat keadaan Suzy yang hanya memakai tiub yang pada awalnya Suzy memakai pijama..barulah Awira sedar yang semua ini hanya perangkap semata-mata..

......................................................................................................................

lagi memedihkan Awira apabila Suzy memberitahu yang sudah beberapa kali mereka terlanjur...lagi bertambah pedih apabila berita tangkap basah mereka itu sampai ke telinga Amira...Awira tidak dapat membayangkan apa yang akan terjadi pada hubungan mereka berdua....


..............................................................................................................

sudah setahun perkara itu berlalu..namun Amira tetap memakai gelang tangan pemberian Awira...gelang tangan tersebut diberi ketika menyambut hari jadi Amira yang ketika itu sama tarikh dengan tarikh pertunangan mereka...di saat Amira tersenyum bahagia apabila dirinya di sunting oleh jejaka yang pastinya dapat membahagiakannya dunia akhirat..dapat membimbingnya..dapat melindunginya...namun semua itu hanya dulu...tetapi jauh dari sudut hati Amira Amira tidak salah membuat keputusan dengan menerima bekas tunang nya kembali...kini setelah setahun..setelah Amira membawa diri ke New York, Amira telah siap sedia untuk menghadapi semua ini...Tuhan masih menguatkan rasa kasih dan sayang terhadap mereka..Amira dan Awira masing2 tidak dapat melupakan sesama sendiri..apa yang memnbuatkan Amira menerima Awira kembali ialah apabila Suzy sendiri pergi berjumpa dengan Amira dan menceritakan semuanya...Kini Suzy yang menghidap penyakit HIV di atas perangainya yang suka bertukar jantan berasa menyesal dan bersalah dengan perbuatannya..memang Suzy mengaku yang die terlalu cintakan Awira kerana Awira berbeza dengan lelaki yang lain..malah Suzy mengatakan Amira adalah wanita paling bertuah jika memiliki Awira....antara sedar atau tidak, Suzy telah menyuntik sedikit semangat kepada Amira untuk memaafkan dan menerima semula Awira yang tidak bersalah....

........................................................................................................

Riuh rendah suasana di kampung Amira ketika itu..Amira yang kelihatan cantik dan ayu memakai jubah krim yang dipilih sendiri oleh Awira..perasaan Amira bercampur baur ketika itu...apa yang diharapkan agar semuanya berjalan dengan lancar dan selamat....saat Awira melafazkan akadnya Amira merenung wajah bakal suaminya itu dan bersyukur kerana di anugerahkan anugerah sebegini rupa....




nota : saya menulis cerpen pendek ini tanpa ada pengalaman menulis cerpen...kisah ini saya karang
setelah saya mendengar melodi Instrumental Piano-Love Story..itulah inspirasi saya..
ampun maaf di pohon sekiranya ada yang salah di dalam cerpen saya ini...Kisah Amira dan Awira hanyalah
sebuah cerita rekaan.. :p

No comments:

Post a Comment